LIFE JOURNEY 5
Monday 9 December 2013 • Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART FIVE

Disaat kelahiran, hampir seluruh manusia menghadapi dunia dengan tangisan. Dunia pula menyambut kita dengan senyuman. Sewaktu kecil kita cuma mampu menangis jika ada yang tak kena, menangis untuk minta simpati dan kasih sayang.

Kekadang tanpa disedari air mata akan menitis disaat kita terlalu gembira ataupun terlalu sedih. Kita juga boleh menitiskan air mata apabila melihat kejayaan ataupun kerana penderitaan. Walau apapun sebab kita menangis, sebaik-baik tangisan adalah sewaktu kita sujud, bersyukur dan insaf atas kelemahan diri kepadaNya.

Tahukah engkorang bahawa tangisan tu jugak lah bias jadi penawar kepada pelbagai perkara kerana didalam air mata terkandung cairan ‘LISOZOM’ yang bertindak sebagai anti bacteria membunuh kuman kuman serta mencegah dehidrasi pada mata. Menangis juga mampu mengeratkan jalinan persahabatan melalui sokongan morialisasi, komunikasi dan sosialisasi. Air mata juga terhasilnya dari hormone horman tubuh seperti endorphin, leucin-enkaplin, dan prolaktin yang melawan penyakit stress seperti tekanan darah tinggi. Tapi yang paling nyata, menangis menunjukkan kita mahluk istimewa yang memiliki perasaan.

Ekceli dah lama aku tak menangis, aku pun tak ingat bila last time aku menangis. Tapi bila taip cite pasal menangis ni tetiba guwa sebak. Sebak bila memikirkan  betapa lemahnya diri aku bila menghadapi dugaan dugaan di dunia. Cukupkah amalan untuk meng’cover’ semua dosa dosa? Kerana apabila tiba saatnya itu, sebaik baiknya aku mahu pergi dalam senyuman disaat semorang menangisi kematian. Amin.


Lain kali aku update lagi entri camni. Tu pun kalau korang suka baca lah. Sebab aku duk rumah tak buat hapa. Ni jelah kerja aku. Memula termenung, monolog dengan hati. Lepastu datang idea. Terus aku taip. Lepasni aku busy sikit, siap siap berkhidmat untuk negara. Jumpa lagi ya. Take care. Sayang korang.
LIFE JOURNEY 4
• Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART FOUR

Alangkah bestnya kalau aku ada kuasa superhero. Ada kuasa yang bukan sahaja kuat, malah boleh mengawal minda dan menjadikan imaginasi aku kepada reality dengan sekali petik jari sahaja. Pasti aku akan menjadi manusia paling hebat diatas muka bumi ini.

Dengan power yang aku ada, mesti senang je aku settle masalah Palestin dan Israel yang berpuluh puluh tahun tak settle tu. Dengan power yang aku ada, senang je aku nak kawal presiden Amerika. Pastu aku nak pi nasihat dekat semua pemimpin bangsa-bangsa bersatu, suh depa pi buat keja betui betui. Dengan power yang aku ada, dengan mudah je aku selesaikan masalah alam sekitar. Dengan sekali petik je, aku akan settlekan masalah politik-politik tanah air yang penuh dengan benci membenci. Dengan sekali petik jari je, walau serumit manapun masalah yang aku hadapi..pasti dengan mudah je aku settlekan.

Memang best kalau aku ada kuasa hero yang hebat. Kan?! Haha. Tapi malangnya aku cuma manusia biasa yang comel. Power yang hebat itu hanyalah milikNya. Namun begitu, kita masih mampu mengubah sesuatu jika kita berusaha dibawah kuasa keredhaanNya.

Kita selalu mengharapkan agar akan turun kuasa ajaib dari langit yang membawa kesejahteraan kepada kita dan menewaskan musuh-musuh. Terlalu berharap dan berimaginasi sehingga kita terlupa kuasa ajaib itu takkan muncul tanpa kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Kerana Allah takkan mengubah nasib seseorang sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.


LIFE JOURNEY 3
• Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART THREE

5000 tahun dahulu, Ketot dari MAYAN. Seorang ahli nujum purba Mayan telah terserempak dengan mahluk asing. Beliau mengambil kesempatan itu untuk bertanya kepada mahluk asing tersebut tentang misteri alam. Kemudian mahluk asing tersebut membawanya melihat ‘MASA DEPAN’. Beliau telah dibawa menonton kisah “2012 END OF THE WORLD” terbitan Hollywood.

Kemudian tercatatlah ramalan beliau bahawa dunia akan musnah pada 2012 seperti yang tercatat pada tinggalan sejarah Mayan dari Arkib Teknologi. Hahaha, jangan percaya dengan cerita merepek gua. Tu semua gimik untuk entri kalini. Ramai orang cakap tahun 2012 tahun dunia nak kiamat. Betul ke? Aku pun dapat idea nak taip cite ni pasal tengok dokumentari dekat ‘Discovery Channel’ tentang tahun 2012, ramalan dari tamadun silam pasal ramalan purba.

Lepastu seperti biasa jika ada isu-isu yang memeningkan kepala hotak aku ni, aku akan bukak tenet, cari buku-buku. Baca dan fahamkan dari segala sudut. Dizaman yang seba moden dan canggih macam sekarang ni, kita tak boleh telan bulat-bulat aje apa yang disiarkan dalam cerita atau apa yang ditayangkan dalam berita. Perlu ada analisa untuk memastikan bahawa ilmu yang diterima itu sahih dan tidak terpesong.

Rasullullah S.A.W telah bersabda, akan tanda-tanda kiamat bermula dengan tidak laris jualan di pasar. Ghibah ( umpat/fitnah ) terjadi di merata rata, rasuah dan riba jadi amalan. Maksiat dan banyaknya anak anak zina. Orang kaya diagung agungkan. Orang-orang fasiq akan lantang bersuara di masjid. Para ahli mungkar akan lebih banyak menonjol dari ahli haq.

Berkata Ali bin Abi Talib, akan datang disuatu masa yang mana Islam hanya tinggal nama, agama hanya bentuk, al-Quran hanya bacaan, masjid akan sunyi dari zikrullah, orang yang paling buruk pada zaman itu ialah ahli ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali pada mereka jua.

Dan kesemua itu adalah tanda-tanda hari kiamat. Itulah antara info yang aku baca tentang hari kiamat. Kita wajib percaya kiamat itu pasti (rukun iman). Sempatkah kita bertaubat? Bila ia akan tiba? Tiada siapa yang pasti. Wallahualam. Harap-harap dapatlah kita kongsikan ilmu ya. Amin.


LIFE JOURNEY 2
• Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART TWO

Di suatu hari, di tepian pantai di sebuah perkampungan nelayan kelihatan seorang nelayan sedang melayan ‘blues’ dengan tiupan seruling. Tiupan seruling itu telah menarik perhatian seorang ahli perniagaan.

Businessman: “assalamualaikum..boleh saya bertanya?kenapa saudara duduk leka membuang masa tanpa membuat apa-apa?”

Nelayan: “err, waalaikumsalam. Owh saya baru je lepas tangkap ikan. Cukup lah untuk rezeki harini. Nak rehat lah kejap.”

Businessman: “hmm,kenapa tak mahu berusaha untuk tangkap lebih?

Nelayan: “nak buat apa tangkap banyak-banyak?cukup dah..untuk buat makan.”
Businessman: “hmm, itulah mentality orang kita, cepat berpuas hati. Kita kena lebih berusaha, jangan bazirkan masa. Awak tanya buat apa tangkap banyak-banyak? Hm, tangkap lebih banyak ikan, lebih banyak hasil jualan..lebih banyak duit.”

Nelayan: “buat apa duit banyak?”

Businessman: “dengan duit banyak, saudara akan mampu beli bot..upah pekerja dan mendapatkan hasil kutipan yang banyak. Dengan hasil yang banyak, saudara akan dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih besar. Membeli lebih banyak bot untuk meneroka laut yang lebih dalam. Apabila hasil tangkapan bertambah, saudara akan dapat meneroka pelbagai perniagaan berasaskan laut. Seperti kilang ikan masin, sotong kering dan macam-macam lagi.”

Nelayan: “ wahh, bestnya! Tapi untuk apa semua tu ya?”

Businessman: “hehe, untuk apa? Supaya saudara dapat memiliki segala gala yang tuan inginkan. Hidup saudara akan lebih gembira.”

Nelayan: “wah, susahnya nak gembira cara tuan! Kalau saya senang je. Tak perlu semuatu. Dapat tiup seruling bawah pokok je dah mampu buat hati saya ‘gembira’. Syukur Alhamdulillah.


Setiap manusia menikmati ‘gembira’ dengan cara yang berbeza, yang penting syukur walau banyak/sedikit manapun rezeki yang kita ada.
LIFE JOURNEY
• Monday, December 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Lama tak hapdet yew olss. I olss nak create something sikit untuk entri kalini dan seterusnya. Asyik cerita pasal gua je kan. Haa kalini gua nak cerita pasal kehidupan. Umumnya tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, sekeliling kita yang kita selalu terlepas pandang tu kan. Dan semuanya lah yang berkaitan dengan kehidupan. Jalan cerita dan semua watak tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah tiada. So harap dapat kongsikan dengan yew olss dan dapat manfaat nya sesame. Dengan lafaz bismillah. Kita start yaw ;)

PART ONE

Pada suatu hari, aku ternampak satu situasi yang membuatkan aku terfikir…aku berasa pelik..kenapa gajah belaan yang besar dan gagah tidak mampu melepaskan dirinya yang hanya diikat dengan seutas tali?
Kalau diikutkan..sekali rentap sahaja gajah itu dah boleh lepas..tubuhnya sangat besar dan kuat. Tapi gajah itu memilih untuk terus diikat dan tidak mahu bebaskan dirinya. Aku pun bertanya pada tuan gajah tersebut.

Aku: “abang ada pakai ilmu ke bang?camna gajah yang besar ni boleh takut dengan   abang?”

Tuan gajah: “hmm, sebenarnya teknik ni Cuma boleh diajar dan dipraktikkan pada gajah yang dibela dari kecik aje. Kalau gajah liar, memang tak boleh.”

Sewaktu gajah itu masih kecil, tali itu memang cukup kuat untuk menahan gajah dari terlepas. Gajah yang masih kecil itu meronta-ronta untuk lepaskan diri. Tapi malangnya tak berjaya kerana pada waktu itu dia belum cukup kuat. Oleh kerana selalu gagal dan tewas, gajah itu mula percaya beliau tidak mungkin dapat melepaskan diri. Kerana tali itu terlalu kuat baginya walaupun pada hakikatnya beliau menjadi semakin besar dan kuat. Gajah itu tetap percaya bahawa tali itu lebih kuat daripadanya..sampai bila-bila.
Akhirnya gajah itu hidup dengan kaki yang terikat pada tali yang semakin rapuh..sudah putus asa untuk mencuba lagi. Gajah itu hidup menjadi hamba kepada tuannya dengan penuh setia. Begitulah yang diceritakan oleh tuan gajah itu kepada aku. Hm, begitulah kisahnya.

Macamtu juga dengan kehidupan disekeliling kita, jika kita selalu gagal melakukan sesuatu perkara akhirnya kita terus berpendapat bahawa perkara itu mustahil bagi kita. Ada juga perkara yang kita percaya kita boleh lakukan tetapi digagalkan atau dileceh-lecehkan oleh orang yang tidak percaya kemampuan kita. Ada pula yang takut diketawakan sebab selalu gagal, lantas tidak mahu lagi mencuba.


Ada juga yang gagal kerana selalu digasakkan dengan kegagalan. Hidup ini memang sangat rumit. Tak ramai yang sedar kegagalan itu perlu untuk menguji akal dan kekuatan. Jika kita cekal, kegagalan akan buat kita bijak dan kuat. Jika kita putus asa, kita akan hidup untuk gagal selama lamanya.
Looks like ?
Tuesday 26 November 2013 • Tuesday, November 26, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Harini bangun pagi toleh kanan toleh kiri. Bangun g depan tengok takda sapo kat rumah. Sonyap yo. Jam menunjukkan dah pukul 930 pagi. Its too late babe. Tak baik anak dara bangun lewat. Rezeki tak masuk. Hihi nasib baik bangun harini bukak tudung salji dah ada sarapan. Baikkan ibu :*

Apa yang membuatkan aku nak taip entri kalini? Hm saboo nak cerita aa ni. Bangun pagi check henpong. Tu yang selalu aku buat pepagi. Mana lah tau bakal husband I hantar mesej wish good morning ke kan. Lama daa tunggu. Hahaha. Rupa rupanya si nurihan. Kemain panjang mesej dia engko. Aku tengok jam yang dia hantar pukul 251 pagi. Dia cakap baru lepas otp dengan jejaka hensem kat kampus aku tu. So sweet dorang. Si Faris tu buat pengakuan laa kat Yan cakap dah lama cari Yan, usha Yan. Siot aa, budak hot Unisel suka kat yan. Wewwittt. I jeless ok! Tapi takpa tu bahagian dia. I just wish for her happiness. Jangan sedih lagi tau weh. Barang yang lepas jangan dikenang.

Tu lah mengenangkan mesej Yan tu, sampai aku mandi, sapu sampah, kemas rumah dan sidai baju. Aku duk terfikir tang aku. Yelah siapa yang aku nak. Siapa yang aku cari. So today I would like to tell you olss about “lelaki yang aku cari”. Pasal nilai nilai murni macam hormat orang tua tu dan sewaktu dengan nya dah biasa sangat orang nak. Siapa tanak kan? Aku pun nak yang macam tu. Sebab tu semua akhlak. Kita yang buat dia. Bukan dia buat kita. Terpulang pada individu tu sendiri. Lagipun perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

So lelaki yang aku cari ni macam mana ya? Emm aku cari lelaki yang suka jalan jalan sana sini. Maksud aku macam jalan jalan cari makan. Haa sebab nya aku ni suka makan. Dan suka cuba makan kat tempat tempat yang aku tak pernah try. Kedua, aku suka lelaki yang ada saja plan dia untuk aku. Contohnya macam “hai awak, weekend ni keluar jom jalan?” atau “awak, esok free tak?saya nak bawak awak g makan kat blablabla” kedua aku cari lelaki yang suka travel. Maksud aku suka pergi bercuti atau melancong. Pergh best okay dapat partner camni. Aku suka sangat travel sana sini. Tapi time ada duit laa. Gila engko nak pegi time poket kosong. Aku ingat nati aku kerja aku nak start pegi dalam Malaysia dulu. Baru luar negara. Em lagipun aku nak sangat honeymoon kat Korea! Hahaha. I will make it come true. Insha Allah.

Ketiga aku suka lelaki yang suka outdoor. Macam aku, aku suka pergi tempat yang menguji kekuatan fizikal dan mental. Aku suka main paintball, wall climbing dan sewaktu dengannya. Tempat yang aku pergi dekat Shah Alam. Memang best! Tu jelah buat masa ni. Sebab aku memang suka buat benda ni semua. Ini aku. Memang tak reti duduk diam. Aku suka buat aktiviti. So aku cari someone yang boleh go on dengan aktiviti aku dalam kehidupan ini.

Pembetulan ya. Aku cari lelaki yang aku nak. Bukan yang aku SUKA. Selalunya orang yang aku suka ni semua takkan bertahan lama dengan aku. Kalini memang aku tunggu orang tu pulak yang terima semua kelemahan aku. Aku follow the flow. Sebab buat masa ni, aku takda nak ada komitmen dengan sesapa. Pi lantak aa henpong aku senyap atau apa. Sebab aku ada banyak aktiviti yang boleh aku buat untuk hilangkan rasa takde “someone” tu. Wakaka. Bye olssss muahhhh


Selangkah saja lagi :')
Friday 15 November 2013 • Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Harini aku pegi hadiri sesi pendokumentasian, cop jari dan urine test. Agak awal aku bangun harini tapi sayang aku tak dapat nak subuh sebab ABC .

Aku sampai kat maktab PDRM itu ada dalam pukul 0720 pagi. Masa tu dah ramai dah duduk kat dewan. Agak ramai juga orang yang aku kenal lulus kemasukan ni. Seronok bila jumpa balik. Aku kalau dah jumpa geng huha huha macam orang gila. Sampai tuan tu suruh aku g depan menyanyi. Tapi aku main pantun. Lawan dengan tuan tu. Nampak kan hyperactive nya aku.

Taklimat start dalam pukul 0800 pagi camtu. Masa tu dorang tunjuk cara nak isi borang pe semua. Dalam 0830 baru start isi borang. Dah laa dewan tu sejuk pastu kat luar hujan lebat. Em memang mendapat aa, habis beku tangan aku. Nak tulis nama sendiri pun seketul seketul.

Lepastu buat urine test. Memandai je engko Hani kata dia follow sampai tak kasi tutup pintu. Aku siang malam duk fikir nak buang air style camne kalau dia usha je aku nanti. Yapedaa ko. Mana ada dia buat cemtu. Dia ikut sampai bilik air je. Bukan sampai jamban. Settle urine, aku buat cop jari. Sampai tang aku je cik tu ada je modal nak bebel kat aku. Suh aku lembutkan jari laaa ape laa. Memang la kat sekolah aku masuk kelab kebudayaan tapi bahagian acting bukan dancing. Memang keras laa tangan aku. Pulak aku sekolah sukan jap setahun. Mengong.
Aku ingat settle tang aku dah boleh balik. Maunya aku lapaaa dah lah dewan sejuk baq anggg. Sekali kena tunggu sampai semua habis. Berapa kali 10 minit aku bagi alasan kat ayah. Nasib ayah cuti harini.


Tu jelah, tuan cakap maybe calon semua pegi 12 December atau 15 January tahun depan. Tempat pusat latihan polis Kuching, Sarawak. Kbye jauhh T.T
Encik Argh Whatever, haha ^^
• Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal orang tu. Em ya dia terasa. Aku kerek sangat ke dengan orang? Atau ayat aku macam poyo je, macam bagus je. Hm maaflah. Kadang kalau aku rasa aku betul atau aku tengah marah memang aku cakap ikut dan aku je. Tanpa fikirkan perasaan orang lain. Ya itu yang bff aku selalu cakap.

Maafkan saya yaaaaa. Saya takda niat nak buat awak tersinggung atau terasa hati sampai camtu sekali. Saya cuma rasa saya macam dah melebih jaa. I should behave myself. Saya cuma ingatkan diri saya, yang saya bukan macam tu. And I just say what I really feel. Dan kalau itu buat awak terasa dengan saya, sampai buat saya pulak yang terasa hati dengan perangai awak. Ya saya minta maaf.

Saya sunyi. Saya dah biasa dengan awak. Kenapa diamkan diri? Bagi saya kalau awak fikir secara rasional dan positif benda ni takkan jadi hal. Kita buat dia bukan dia buat kita. Baiki apa yang kurang. That’s all.

Tapi mungkin semua ini ada hikmah. Lepas apa yang saya cakap tu, awak diamkan diri. Saya jadi tahu dengan lebih dalam lagi perangai awak. Saya jadi tahu awak ni macam mana orangnya. Saya perhatikan je apa awak buat. Dan kadang apa yang awak buat sakitkan hati saya. Saya diamkan je. Sebab saya tahu saya tak berhak luahkan perasaan saya kat awak. Tell you everythings that I really feel.


Takpa lah, sekurang kurang nya saya tahu apa yang awak cakap pasal diri awak tu betul atau tak. Saya dah boleh bandingkan. Saya mengerti dan macam biasa saya akan cakap im okay. Lebih baik saya tahu sekarang kan dari saya tahu nanti. Sebab saya taktau apa perasaan saya dengan awak. Yang pasti bila awak diam saya sunyi. Bila awak cakap awak rindu hati ini menari. Bila awak cakap awak sayang saya taktau mana nak lari.
Its hurt :'(
• Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Hm sedih sangat harini. Sedih bila kita terpaksa lepaskan apa yang kita ada untuk orang lain. Sedih hati pilu hati. Lagi sedih bila dah lama dia dengan kita lepastu kita kena serahkan pada orang lain. Taktau nak bengkak macam apa lagi dah mata ni menangis.
Sedih lagi bila mengadu dengan along. Along pun turut nangis. Sedih bila dalam masa yang sama bahu ni perlu mengalas semua harapan dan beban. Tapi hati sudah menetapkan bahawa ikhlaskan semuanya. Tak semua benda akan terus stay dengan kita. Lepaskan apatah lagi kalau perlepasan itu buat orang lain bahagia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami akan terus memahami. Yang memerli akan terus berpura pura simpati. Aku sudah lah jenis payah mengadu masalah apatah lagi mengadu tentang perasaan hati pada orang. Bagi aku kalau nak cerita pasal masalah aku kat orang, aku lebih suka cerita pada orang yang aku tak kenal atau tak rapat. Sebab bila aku cerita kat orang yang aku tak kenal paling tak aku akan lega kerana bila dorang dengar dorang ikhlas. Sebab apa ikhlas? Mungkin sebab tak pernah kenal kita. 

Banding dengan cerita pada orang yang kita kenal. Kita taktau apa yang dia fikir, apa yang dia rasa masa kita bercerita. Orang yang kita dah lama kenal ni kadang mengkritik boleh buat orang sakit hati. Aku dah lah sensitive. Sometime lah bila aku ada masalah. Memang emosi aku tak menentu dan lebih cenderung untuk menangis.

Takpalah. Mungkin ini dugaan buat aku. Bak kata orang semakin sayang Allah pada hambanya semakin itu lah juga dugaan dan ujian diturunkan. Tujuannya untuk dekatkan diri padaNya. Tanda Allah sayangkan kita. Walau apa pun yang jadi harini, aku terpaksa ikhlaskan dan redha dengan ujian yang Allah berikan.


What kind of human you are?
• Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Well today I would like to talk about him.

Yelah dia sapa lagi weh. Taktau kenapa, aku bukan pandai sangat terus terang. Kadang tu aku duk perhati je perangai dia. Gua tengok je babe. Dia tengok gua diam means gua watlek watdua aa tu? Hmm silap aa yeop!
Aku taktau nak kata apa. But since dia yang rapat dengan aku. Aku rasa macam bodo je bila dia buat macam tu dekat aku. Alasan kata nak tengok respon aku? Kepala hangguk geleng geleng dia. Hm cam kerek je ayat aku. Em em emmmm

Sayang ke? Sayang lah jugak. Kadang rasa macam dia aku punya. Kadang rasa macam eh pehal lu ni bro? ajet ajet lak? Motif?hmm

Tapi bila dia dah buat macamtu dengan aku. Aku diam kan jelah. Sebab aku pernah cakap, aku nak tengok sejauh mana betulnya apa dia penah cakap kat aku dulu. And I never say a word pun untuk itu. Aku akan diam. Yelah he is not even mine pun. Buat apa aku lelebih. Kan?

Tapi bila aku dah diam eh makin galak pulak dia. Kadang aku rasa menyampah. Kadang aku sakit hati. And I don’t know what for that “feelings” goes to me. Yang aku tahu, selagi dia bukan yang halal untuk aku. Takpa aku tak kisah.

Sebab aku pasti dengan janji Allah, kalau benar orang itu adalah jodohku. Dia akan sentiasa dengan aku walaupun aku ni ibarat puting beliung, singa lapar atau apa apa jelah. Sebab aku nak tengok sejauh mana orang itu boleh bersabar dengan aku.


Money cant buy happiness
• Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Harini nak cakap pasal duit. Ya wang ringgit. Kadang rasa macam mati bila takda duit. Kadang rasa macam duit is everything when you are nothing. Sekarang ni nak keluar rumah pun kena ada duit. Baru cangkung dah kena bayar lima posen. Belum duduk lagi. Baru duduk kena bayooo tiga hengget. Hmm dunya dunyaa.

Tapi bagi aku, yelah bagi aku yang kadang suka termenung ni. Bukan suka sangat termenung okeh. Aku Cuma suka fikirkan hal dunia masa aku tengah mandi. Air shower tu turun kan, masa tu aku padang bawah termenung dan bermonolog sendiri. Cakap pasal kehidupan.

Sebab bagi aku,

Duit boleh beli perhiasan tapi bukan kecantikan.

Duit boleh beli makanan tapi bukan selera.

Duit boleh beli jam tapi bukan masa.

Duit boleh beli tempat tinggal tapi bukan bahagia.

Duit boleh beli buku tapi bukan otak.

Dan yang pasti duit boleh beli pastport dan bawa kita kemana sahaja tapi bukan syurga.


Duit memang segalanya tapi kadang kala ia boleh jadi tak bermakna. Umpama kita melakukan pekerjaan yang sia-sia kalau tak dapat beli apa yang sebenarnya. Well ekceli aku ada banyak lagi pendapat tentang duit. Tapi buat masa ni aku teringat yang lima tu je. Masa belum start menaip macam macam aku dapat. Dah menaip ni jadi sikit pulak. Haha bye
Almost see my future :')
Saturday 9 November 2013 • Saturday, November 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Nampaknya rezeki aku nak kerja kerajaan semakin terbuka. Surat dah sampai. Tunggu masa nak pergi. Akhirnya aku berjaya jugak jadi orang. Bukan apa, aku cuma nak tengok makayah aku bangga dengan aku. Aku nak dorang tau yang aku bukan anak yang menyusahkan macam yang dorang selalu cakap.

Dalam masa yang sama hati ni sedih nak tinggalkan kawan-kawan kohort 14 group 1. I will miss you guy! Take care okay. Rezeki kita mungkin lain-lain. Aku sayang sangat dekat engkorang. Moga berjaya dalam apa jua yang korang kerjakan. Ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Khawin nanti jangan lupa jemput aku yaa wehh. Aku akan rindu korang sesangat nanti. Good luck for your final exam.

Jangan risau, aku akan sambung jugak pengajian aku. Aku nak berjaya jugak. Dari satu tangga ke tangga lain yang lebih tinggi. Maafkan segala silap aku ya, halalkan semua. Terima kasih sebab sudi layan perangai aku yang tak betul ni. Selama dua tahun kita bersama. Walaupun tempoh tu tak lama. Aku tetap bersyukur dapat berkenalan dengan engkorang semua.


Selamat tinggal sahabat.
Its all about me
• Saturday, November 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Haa entri aku kalini best sikit kut sebab aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Sifat aku. Fakta fakta yang terfaktab dalam hidup aku. Diri aku sendiri supaya yew ols akan kenal I dengan lebih dekat lagi. Yeay or nay ? of koz laa yeayy kann. So say YEAYYYYY !!!!!! aku seorang yang pelik dan lain dari yang lain. Memang aku suka pun orang cakap aku lain dari yang lain. Wewwitt. Dan kadang kadang aku rasa aku yang paling bermasalah. hmm

Satu.

Aku anak yang paling degil. Yes seriously aku degil sangat yang amat. Yang selalu kena marah kena maki kena pukul semua aku. Taktau laa bape kali kena marah. Memang aku takleh nak kira langsung. Dah tebal dah telinga aku. Biasa kalau kena marah memang aku buat muka tak perasaan. Umpama orang yang marah kat aku tu macam cakap dengan dinding. Cuma satu kelemahan aku, kalau ayah yang marah. Memang secara autonya aku akan sentap gila ptftff kadang tu sampai berair mata aku dalam masa yang sama aku tahan marah. Nak maki balik dah tentu la tak boleh. Sebab aku rapat dengan ayah. Sayang ayah sesangat.

Dua.

Aku ni sebenarnya manja. Hihi tak percaya? Lantak kauorang lah. Yang aku tau sampai aku form 5 kadang baju sekolah aku ayah yang gosokkan, kasut sekolah ayah yang basuhkan. Sampai ayah menyampah nak basuh ayah belikan aku kasut converse. Haa Nampak tak kita manja. Sampai sekarang aku sikit-sikit ayah.. sana ayah sini ayah… kalau tang hari raya nak bermaafan tu sampai turn nak salam ayah, air mata dh turun. Peliknya bila nak salam ibu, laju je aku habiskan ayat aku.

Tiga.

Aku memang tak pandai pujuk orang. Tapi once aku pujuk orang, mesti orang tu cepat cair. Maybe sebab payah nak tengok aku pujuk orang kut. Jenis aku kalau nak merajuk lantak kau laa bukan aku punya hal. Melainkan kalau betul dia merajuk sebab salah aku. Memang aku akan gunakan kepakaran aku yang romantic orangnya ni untuk memujuk.

Empat.

Hati aku lembut sebenarnya. Walaupun ramai yang kata aku ni panas baran. Senang cerita hati aku ni cepat panas dan cepat pulak sejuknya. Aku memang takleh kalau orang tegur aku. Memang aku cepat sentap, lelebih lagi kalau yang tegur tu ayah. Memang aku akan cari port nak nangis lah.

Lima.

Berdikari. Ya aku sangat berdikari. Lelebih lagi sebab mak ayah aku orang bekerja. Kekcik lagi aku dah belajar masak. Buat kerja rumah. Sebab aku dah diajar, bila makayah aku balik je aku kena pastikan rumah bersih, baju dah lipat, pinggan dah basuh, makanan dah terhidang. Lagi satu aku senang bergaul dengan orang. Campak lah aku kat memana pun mesti aku akan balik dengan kawan. Masa kecik pun dah ada “kawan” tapi sekarang dah kena tambat kat belakang rumah arwah nenek aku. Aku tak amek port dah pasal “kawan” aku tu.

Enam.

Aku payah terima arahan. Lelebih lagi arahan yang aku taknak buat. Melainkan arahan itu memang dah tugas aku. Yaa aku buat. Sebab bagi aku kalau aku cakap tak maknanya tak. Keras  kepala? Ya memang pun. Lagi satu kalau aku buat kerja, aku tak suka orang lain menyemak atau buat kerja masa orang ada. Aku suka buat kerja senyap senyap. Macam kemas rumah, aku akan kemas rumah masa semua orang belum bangun tidur.

Tujuh.

Aku seorang yang pemaaf. Eh yeke? Haha. Prinsip aku. “Orang yang lemah akan balas dendam. Orang yang kuat akan memaafkan. Dan orang yang bijak takkan hiraukan” so aku antara orang kuat yang sentiasa memaafkan. Yelah aku kadang merajuk kejap je. Hati cepat panas dan senang pulak lembut.


So that’s all. Sedikit sebanyak pasal aku. Study hard ok ! annyeong :*
Yang patah tumbuh yang hilang berganti
• Saturday, November 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal beberapa jejaka yang muncul untuk tarik perhatian aku lepas berakhirnya hubungan aku dengan Dika. Okay bukan nak kata gua cun melecun sangat sampai boleh kata macam “satu hilang sepuluh mari”. Tidak, bukan sama sekali. Cuma nak kenalkan kat korang orang baru yang muncul dalam hidup aku.

Ekhsan.

Nama dia ekhsan, aku panggil dia abang Ekhsan. Dia muncul beberapa hari lepas kejadian sedih tu berlaku dalam hidup aku. Masa tu yang aku fikir, aku nak seseorang yang boleh teman hari-hari aku. Yang akan sentiasa dengar masalah aku. Dia yang selalu ada. Dia jugak yang bagi nasihat. Agak pedih la nasihat yang dia bagi. Antaranya “Kenapa perlu Ain bersedih untuk benda yang tak pasti? Yang pergi itu mak ayah Ain ke? Kalau bukan buat apa bersedih?” aku sentap jap dalam 10 minit pastu aku fikir balik. Terus aku istighfar panjang. Jauh sangat dah aku pergi. Lepas dari haritu, aku makin rapat dengan abang. Sampai lah satu haritu dia nyatakan hasrat hatinya kat aku. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Macam nak percaya dengan tak je. Tapi satu keputusan pun aku tak bagi. Aku senyap… dia pun senyap..

Syazerin.

Aku kenal macamtu je, masa first time jumpa. Aku agak menyampah aa dengan dia. Suka sangat mengendeng ngendeng dengan aku. Memang anak mak betul. Rimas aku dibuatnya. Tapi tu bukan penghalang bagi dia untuk terus kawan dengan aku. Setiap kali dia nak jumpa mesti aku mengelak. Macam macam alasan aku bagi kat dia. Sampai satu hari tu aku kesian sangat dengan dia. Aku pun iyakan la untuk jumpa lagi buat kali kedua malam tu. Padahal masa tu aku ada temujanji dengan Encik AA. Haa sape dia? Sabar nanti aku cerita. Lepas je elok dok makan mekdi tu tetiba mamat ni cakap “awak saya ada benda nak cakap tapi bukan kat sini” aku tanya laa kenapa enn. Dia tanak cakap. Last last gua dah menyirap aku ajak dia keluar dari mekdi tu. Tetiba dia cakap “awak saya dah lama tunggu nak jumpa awak, dah lama saya nak cakap benda ni. Dari hari pertama kita jumpa. Saya nak merisik awak” perghhhh berderau darah aku. Menangis aku time tu. Speechless gila. Aku terus teringat abang Ekhsan. Kenapa masa dia cakap macamtu aku tak rasa apa-apa macam yang aku rasa sekarang? Sebab dia face to face dengan aku ke? Umm sampai sekarang jugak aku tak beri kata putus kat dia.

Akmal Amin.

Ya dia ni laa encik aa tu. Aku kenal dengan dia pun secara tak sengaja. Sebab aku tengok dia ni bebudak vespa kut. There a something special about him. Yes I want to know more about him. Dia mengingatkan aku pada seseorang. Lelebih lagi kampung dia dekat dengan kampung ibu. Sama lagi macam seseorang tu. Banyak sangat benda yang sama. Dari situ aku mula rapat dengan dia. Keluar sesame. Selalu sangat keluar. Kenal hati budi memasing. Ada satu haritu kawan dia call. Dia cakap “aku keluar dengan awek aku” time tu aku mampu gelak je. Sukahati makpak dia ja cakap kat orang aku gelpren dia. Mulut takda insuran. Hmm dia pun aku perasan something jugak. Tapi taktau kenapa aku buntu nak bagi jawapan pada semua. Lagipun aku bukan percaya sangat dengan mamat ni. Tak tau laa, pengalaman lalu mengajar aku banyak sangat. Don’t hope to much and don’t trust to much. Lelebih lagi pada yang belum pasti. Hmm luka lama aku memang dah berparut tapi setiap kali aku tengok parut tu. Seakan akan dia berdarah kembali.

Ada lagi laa dua tiga orang. Malas aku nak huraikan. Sebab watak penting tigaorang mamat kat atas ni je. Nak tau gak ke? Ok lah ok fine. Umm pasti mee-yoi. Aku dah kenal dia lama dah. Kitaorang ada something iaitu hubungan kitaorang berlandaskan UNDECLARED RELATIONSHIP. Maksud nya kat sini, ya dia boleh anggap aku gf dia. Same goes to me. Yang lebih seronoknya, kitaorang boleh blaa bebila kitaorg nak. Nobody hurt. Then Nizam, dia banyak tolong aku. Dan aku takkan lupakan jasa dia. Thanks awak. Maaf sebab saya memang bukan untuk awak. Jaga diri dan saya doakan awak yang terbaik. Chaiyokkk ! lepastu Haziq. Emm ni pun aku taktau nak kata apa, asal call aku je mesti nak ajak gaduh. Benci betul aku dengan dia ni. Pastu membebel kuat sangat. Ingat aku suka aa tu nak dengar. Menyampahhhh sangat tau. Eyhhhh.

Tu jelah. Penat dah aku taip pepanjang cam karangan. Bukan ada yang baca pun. Lols. Pokoknya aku cuma nak cakap yang aku belum bersedia nak bagi komitmen kat sesapa pun. I miss being special and someone try to get my attention. Yang ada dalam kepala otak aku cuma family, kerja dan masa depan aku. Kemon a aim still young you know !!! hahahahaha daaa ~



Im a heart breaker
Friday 8 November 2013 • Friday, November 08, 2013 • 0 comments
13 Julai 2013.

Disebabkan manusia tak pernah sempurna. Kita jangan harapkan apa-apa dari dia. Just accept the way they are sebab bila kita boleh terima dia seadanya semua yang kita harapkan itu pasti akan ada.”

I wish someday. Someone will come to me and say I found my smile again because of you

Luka dihati gua benar-benar dalam sampaikan gua takut nak berikan kasih gua kerana dengan dia gua belajar setia dan cinta yang sebenar. Nak kata gua jiwang? Memang beb L

Im not SINGLE

Gua tau gua tak keseorangan. I still have a lot of friend beside me. Whether they will always with me or not, I still can handle it by myself. Eventrough I know that I never be so tough to face it alone.

Sebab aku sayang. Aku lepaskan semuanya

Ya, cause I love you so much. I take a risk to leave. I broke my heart. I cried so much. Im down.


Mungkin yang pergi ditakdirkan untuk orang lain, untuk kita sedang menunggu dihadapan. Lepaskan yang pergi terus mencari yang menanti
Kenangan yang takkan pernah hilang
• Friday, November 08, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Okay kita akan putar balik masa ke beberapa bulan yang lepas. Supaya engkorang faham yang aku senyum dan bergelak ketawa ni bukan untuk diri aku sendiri. Tapi untuk orang lain. Siapa orang lain tu haa ni aku nak cerita…

Saya rindukan awak Dika, tapi bila saya teringatkan awak.. hati saya menangis.. kenapa awak macamni, apa lagi salah saya..hmm.

Harini Yan biarkan aku tertanya Tanya sendiri. Apa yang dia maksudkan dengan miracle? Miracle make me happy. Then she wish me luck like im join a contest to win. What shes mean by that? Hmm I hope so. Ahad ni ulangtahun (18.8) kami … ada benda nak jadi ke? Dika nak jumpa aku ke L

Saya mimpi awak lagi. Kita keluar untuk anniversary ni. Lepas awak hantar saya balik, awak message saya cakap “Thanks sebab sudi keluar dengan saya” saya reply “ Thanks sebab bahagiakan saya”. Lama tau saya fikir maksud mimpi awak, sampai sudah saya dapat jawapan yang kini baru saya mengerti maksud dibalik message kita dalam mimpi tu. Nampaknya saya dah boleh start move on sekarang.

Hmm so inilah yang terjadi beberapa bulan yang lepas, aku tak sempat langsung celebrate kami punya anniversary. Tak sangka hubungan kami Cuma titik persimpangan untuk hati ini terus merasai dan mengecapi bahagia yang tak terduga. Aku redha dengan apa yang berlaku dan tak akan aku ungkit apa pun. Sebab aku dah ikhlaskan kesemuanya. Malah aku berdoa agar kau bahagia bersama dia lebih dari kau hidup bersama aku.

And untuk awak Dika,


Just do your best, whatever you decide to do in life make sure its make u happy. Go through for what you have done, be hubby for that lucky girl cause I’ve heard that you will marry her. Make her be the best more than I do before. Saya sentiasa doakan awak.
Im back !
• Friday, November 08, 2013 • 0 comments
Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum.

Agak lama jugak aku tak update diari kesayangan aku ni . Sibuk buat amende ntah kan, nak kata jaga anak khawin belum lagi. Siapa yang dah selalu baca diari aku ni kalau lupa memang nak kena aa. Sampai hati engkorang en. Bagi aku kalau kau lupa nak singgah blog ni umpama kau lupa aku. Ibarat luka yang disimbah dengan cuka. Sakitkan? Sakit tak ?

Baiklah tanpa merepek panjang, aku cuma nak bagi tau yang aku akan update blog ni pada hari yang sama dan tarikh yang sama sebab aku memang sibuk tak sempat nak cerita kat yew olss perkembangan hidup I. Lelebih lagi sejak beberapa bulan ni. So enjoy it and have fun!


FUN SANGATTTT ~.~
Kejarlah Jodoh, Kau ku tangkap !
Saturday 4 May 2013 • Saturday, May 04, 2013 • 0 comments

Assalamualaikum

Lama dah aku dah update blog ni . Maklum lah busy dengan kehidupan seharian . Kata ko ! haha . Hmm , apa yang nak diceritakan dalam entri baru ni ek ? Act , idea tu ada. So aku cerita pasal love life lak ek.

Bismillahirahmanirahim,

Banyak dah dugaan kitaorang hadap sesama. Penat dia melayan kerenah aku, aku melayan kerenah dia. Dah biasa dah dengan semua ni. Kalau kitaorang gaduh pun mesti settle haritu jugak. Pernah je aku gaduh sampai mintak jangan cari aku lagi. Tapi tanpa nawaitu yang ikhlas lah. Sebabkan perasaan marah melampau masa tu. Kenapa ? maaflah tak boleh cerita. Dan disebabkan perasaan sayang dan cinta yang terlalu tinggi, marah aku tu aku tolak tepi dengan harapan baru.

Sejak dari peristiwa perang abad ke 5 tu, aku nampak perubahan dalam hubungan kitaorang. Dimana sebelum ni apa yang di tak pernah buat, dia tunjuk sekarang. Apa yang dia tak pernah cakap, dia luahkan kat aku ni haa. Baguslah kalau kejadian tu buat kami sama-sama berubah. Maksud aku berubah menjadi lebih mesra. Bukan sebelum ni tak mesra , tak ! Cuma lebih sweet gitu. Haha J

Dia dah makin manja. Manja dia tu aku je yang tahu, aku je yang boleh rasa. Dia kalau bercakap pun, banyak buat aku senyum. Tergelak sensorang. Orang cakap lovesick gitu. Angau lahhh ;) bahagia sangat. Semua apa yang dia buat aku simpan dalam memo aku. Apa yang jadi kat kitaorang semua aku simpan dalam phone. Bila rindu dia. Aku buka memo tu. Baca.

Tapi makin lama aku dengan dia. Makin aku takut kehilangan dia. Takut pada masa depan yang menanti. Apa dia akan pergi atau masih disisi. Hmm, yang tu semua aku serahkan pada takdir. Biarlah masa yang menentukan. Risau jugak aku bercinta lama-lama, tapi kawen dengan orang lain. Nauzubillah , tak sanggup aku fikirkan. Yang mampu dibuat sehingga kini, pertahankan dengan kesungguhan. Insha Allah.
Encik Mimpi
Saturday 2 March 2013 • Saturday, March 02, 2013 • 0 comments
Siapa Encik Mimpi ni ? Hm . Aku dah lama dulu stalker dia . Lama sangat . Adalah dalam dua tahun lepas . Ape kena mengena dia dengan aku ? Hm . Takda kena mengena pun . Cuma tetiba nak bagitahu dan tulis pasal dia . *sampai sekarang still stalk*

Percaya atau tak aku tengah taip entri pasal dia sambil dengar lagu dia kat youtube . Dia artis ke ? Bukan . Dia cuma insan biasa yang suka buat cover lagu artis lain . Sedap ke suara dia ? Just nice lah .

Siapa dia aku nak stalk ? Tak penting pun siapa dia . Aku cuma suka lukisan kartun dia . Yang dia upload kat fb . Cer pegi kat link ni https://www.facebook.com/EncikMimpiMusic . Lukisan kartun dia , sangat-sangat lah sweet . Semua pasal cinta . Looks funny but its true . Ada kebenarannya dalam dunia nyata . Tak percaya pegi lah stalk . Haha

Panjang umur sayang aku . Dia hantar message "sayang,buat apa?" . Aku dah boleh hafal apa yang dia hantar. Haha . Bongok lah Encik Mimpi . Hahahaha , sorry kay . Aku tengah dengar cover lagu Cerita Dia dari Encik Mimpi kat youtube . Hahahahahha . Sumpah rasa nak sepak muka dia .

Ekceli , seronok sangat dapat boyfriend yang tahu main alat muzik . Even suara pecah atau sumbang pun . Nampak sweet kat situ . Nampak yang dia sungguh-sungguh buat kita terhibur . Macam Encik Mimpi ni . Haha . Handsome pun handsome . Tapi bukan cara aku . Walapun aku suka dia , handsome gila pun . Aku hanya sekadar minat . Tak lebih pun daritu .

Sayang aku pun pandai main . Cuma aku tunggu cover dari dia . Yang dia buat khas untuk aku . Then cd kan . Bagi hadiah untuk anniversary ke kan . Walawehh . Harapan ahhh . Haha . Tapi tu yang aku harapkan . Hehe .

Ni aku bagi contoh satu dari imej kartun Encik Mimpi .

Haa , see . Nice kan ? Sweet nya . Ekceli dika pun pernah bagi aku gambar . Sweet couple . Guna jari dia . Dia conteng-conteng masa dalam class . Boring agaknya . Haha . Tapi sayang . Taktau ada lagi ke tak gambar tu . Sebab memory card aku pada dia . Kalau dia simpan nanti aku tunjuk ehhh . Kbaiii
Sekadar Coretan
• Saturday, March 02, 2013 • 0 comments
Setiap apa yang kita lakukan biarlah jujur,kerana kejujuran itu penting dalam sesebuah kehidupan.Tanpa kejujuran,hidup tak akan bahagia. Mencintai seseorang itu,umpama mengejar pelangi petang.Sungguh cantik dipandang.Sungguh indah dipandang.Tapi tak mampu untuk dipegang.

Selagi kita bergantung pada الله .Kita tak akan pernah jumpa perkataan "KECEWA" dalam kamus hidup kita !Yang penting 'YAKIN'. Bolehkan awak ?  Ku titipkan DOA untukmu,walaupun jauh terpisah.Biarlah DOA menjadi PENGHUBUNG ikatan yang TERBAIK buat kita. 

Allah lebih tahu apa yang kita dapat,apa yang kita berhak dapat,apa yang berhak kita milik dan apa yang berhak kita rasai. Saya masih terus menungu dan menunggu.Dan awak perlu tahu yang saya menunggu awak.Bermakna awaklah yang paling bermakna dalam hidup saya.

Merindui seseorang adalah sesuatu benda yg perit.Tapi nak buat macam mana kan?Kalau dah terlalu cintakan dia,rindu serindu rindunya lah. Perempuan kalau dah ada pasangan,semua dia takut.Takut terluka,kecewa,diduakan dan sakit hati.Walaupun hakikatnya,perempuan memang tabah.

Biar berjauhan asal hati tak berubah.Biar tak jumpa asal hati tak lupa.Cubalah untuk setia,walaupun jauh di mata. Walaupun awak tak boleh temankan saya tidur.Tapi saya nak awak sentiasa ada dalam mimpi saya setiap hari untuk temankan saya.

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu.Pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu.Ku tetap menunggu mu. Kadangkala orang yang sentiasa tersenyum riang dia hadapan kita itu adalah orang yang sering menyapu air matanya ketika dia sendirian.

Kadang-kadang saya suruh awak dengar sesebuah lagu tu kerana lirik lagu tu menerangkan apa yang saya rasa dan perasaan saya terhadap awak. Dari kehilangan,saya belajar erti keikhlasan.Dari kekecewaan,saya belajar erti kesabaran dan dari pengkhianatan,saya belajar erti kesetiaan.

Larilah hingga ke hujung dunia.Terbanglah hingga langit ketujuh.Kalau sudah jodoh,pasti bersatu jua.Menanti yang halal buatku :)

OLD
This is my online diary♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Credits ♥
Hug and Kisses

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Ain Farhana