![]() Friday, 15 November 2013 • Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hm sedih sangat harini. Sedih bila kita
terpaksa lepaskan apa yang kita ada untuk orang lain. Sedih hati pilu hati.
Lagi sedih bila dah lama dia dengan kita lepastu kita kena serahkan pada orang
lain. Taktau nak bengkak macam apa lagi dah mata ni menangis.
Sedih lagi bila mengadu dengan along.
Along pun turut nangis. Sedih bila dalam masa yang sama bahu ni perlu mengalas
semua harapan dan beban. Tapi hati sudah menetapkan bahawa ikhlaskan semuanya.
Tak semua benda akan terus stay dengan kita. Lepaskan apatah lagi kalau
perlepasan itu buat orang lain bahagia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami
akan terus memahami. Yang memerli akan terus berpura pura simpati. Aku sudah
lah jenis payah mengadu masalah apatah lagi mengadu tentang perasaan hati pada
orang. Bagi aku kalau nak cerita pasal masalah aku kat orang, aku lebih suka
cerita pada orang yang aku tak kenal atau tak rapat. Sebab bila aku cerita kat
orang yang aku tak kenal paling tak aku akan lega kerana bila dorang dengar
dorang ikhlas. Sebab apa ikhlas? Mungkin sebab tak pernah kenal kita.
Banding
dengan cerita pada orang yang kita kenal. Kita taktau apa yang dia fikir, apa
yang dia rasa masa kita bercerita. Orang yang kita dah lama kenal ni kadang
mengkritik boleh buat orang sakit hati. Aku dah lah sensitive. Sometime lah
bila aku ada masalah. Memang emosi aku tak menentu dan lebih cenderung untuk
menangis.
Takpalah. Mungkin ini dugaan buat aku.
Bak kata orang semakin sayang Allah pada hambanya semakin itu lah juga dugaan
dan ujian diturunkan. Tujuannya untuk dekatkan diri padaNya. Tanda Allah
sayangkan kita. Walau apa pun yang jadi harini, aku terpaksa ikhlaskan dan
redha dengan ujian yang Allah berikan.
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |