![]() Friday, 15 November 2013 • Friday, November 15, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.
Harini nak cakap pasal duit. Ya wang ringgit. Kadang rasa
macam mati bila takda duit. Kadang rasa macam duit is everything when you are
nothing. Sekarang ni nak keluar rumah pun kena ada duit. Baru cangkung dah kena
bayar lima posen. Belum duduk lagi. Baru duduk kena bayooo tiga hengget. Hmm
dunya dunyaa.
Tapi bagi aku, yelah bagi aku yang kadang suka termenung ni.
Bukan suka sangat termenung okeh. Aku Cuma suka fikirkan hal dunia masa aku
tengah mandi. Air shower tu turun kan, masa tu aku padang bawah termenung dan bermonolog
sendiri. Cakap pasal kehidupan.
Sebab bagi aku,
Duit boleh beli perhiasan tapi bukan kecantikan.
Duit boleh beli makanan tapi bukan selera.
Duit boleh beli jam tapi bukan masa.
Duit boleh beli tempat tinggal tapi bukan bahagia.
Duit boleh beli buku tapi bukan otak.
Dan yang pasti duit boleh beli pastport dan bawa kita kemana
sahaja tapi bukan syurga.
Duit memang segalanya tapi kadang kala ia boleh jadi tak
bermakna. Umpama kita melakukan pekerjaan yang sia-sia kalau tak dapat beli apa
yang sebenarnya. Well ekceli aku ada banyak lagi pendapat tentang duit. Tapi
buat masa ni aku teringat yang lima tu je. Masa belum start menaip macam macam
aku dapat. Dah menaip ni jadi sikit pulak. Haha bye
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |