![]() Saturday, 9 November 2013 • Saturday, November 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.
Harini
aku nak cerita pasal beberapa jejaka yang muncul untuk tarik perhatian aku
lepas berakhirnya hubungan aku dengan Dika. Okay bukan nak kata gua cun melecun
sangat sampai boleh kata macam “satu hilang sepuluh mari”. Tidak, bukan sama
sekali. Cuma nak kenalkan kat korang orang baru yang muncul dalam hidup aku.
Ekhsan.
Nama
dia ekhsan, aku panggil dia abang Ekhsan. Dia muncul beberapa hari lepas
kejadian sedih tu berlaku dalam hidup aku. Masa tu yang aku fikir, aku nak
seseorang yang boleh teman hari-hari aku. Yang akan sentiasa dengar masalah
aku. Dia yang selalu ada. Dia jugak yang bagi nasihat. Agak pedih la nasihat
yang dia bagi. Antaranya “Kenapa perlu Ain bersedih untuk benda yang tak pasti?
Yang pergi itu mak ayah Ain ke? Kalau bukan buat apa bersedih?” aku sentap jap
dalam 10 minit pastu aku fikir balik. Terus aku istighfar panjang. Jauh sangat
dah aku pergi. Lepas dari haritu, aku makin rapat dengan abang. Sampai lah satu
haritu dia nyatakan hasrat hatinya kat aku. Masa tu hanya Allah je tahu
perasaan aku. Macam nak percaya dengan tak je. Tapi satu keputusan pun aku tak
bagi. Aku senyap… dia pun senyap..
Syazerin.
Aku
kenal macamtu je, masa first time jumpa. Aku agak menyampah aa dengan dia. Suka
sangat mengendeng ngendeng dengan aku. Memang anak mak betul. Rimas aku
dibuatnya. Tapi tu bukan penghalang bagi dia untuk terus kawan dengan aku.
Setiap kali dia nak jumpa mesti aku mengelak. Macam macam alasan aku bagi kat
dia. Sampai satu hari tu aku kesian sangat dengan dia. Aku pun iyakan la untuk
jumpa lagi buat kali kedua malam tu. Padahal masa tu aku ada temujanji dengan
Encik AA. Haa sape dia? Sabar nanti aku cerita. Lepas je elok dok makan mekdi
tu tetiba mamat ni cakap “awak saya ada benda nak cakap tapi bukan kat sini”
aku tanya laa kenapa enn. Dia tanak cakap. Last last gua dah menyirap aku ajak
dia keluar dari mekdi tu. Tetiba dia cakap “awak saya dah lama tunggu nak jumpa
awak, dah lama saya nak cakap benda ni. Dari hari pertama kita jumpa. Saya nak
merisik awak” perghhhh berderau darah aku. Menangis aku time tu. Speechless
gila. Aku terus teringat abang Ekhsan. Kenapa masa dia cakap macamtu aku tak
rasa apa-apa macam yang aku rasa sekarang? Sebab dia face to face dengan aku
ke? Umm sampai sekarang jugak aku tak beri kata putus kat dia.
Akmal
Amin.
Ya
dia ni laa encik aa tu. Aku kenal dengan dia pun secara tak sengaja. Sebab aku
tengok dia ni bebudak vespa kut. There a something special about him. Yes I
want to know more about him. Dia mengingatkan aku pada seseorang. Lelebih lagi
kampung dia dekat dengan kampung ibu. Sama lagi macam seseorang tu. Banyak
sangat benda yang sama. Dari situ aku mula rapat dengan dia. Keluar sesame.
Selalu sangat keluar. Kenal hati budi memasing. Ada satu haritu kawan dia call.
Dia cakap “aku keluar dengan awek aku” time tu aku mampu gelak je. Sukahati
makpak dia ja cakap kat orang aku gelpren dia. Mulut takda insuran. Hmm dia pun
aku perasan something jugak. Tapi taktau kenapa aku buntu nak bagi jawapan pada
semua. Lagipun aku bukan percaya sangat dengan mamat ni. Tak tau laa,
pengalaman lalu mengajar aku banyak sangat. Don’t hope to much and don’t trust
to much. Lelebih lagi pada yang belum pasti. Hmm luka lama aku memang dah
berparut tapi setiap kali aku tengok parut tu. Seakan akan dia berdarah
kembali.
Ada
lagi laa dua tiga orang. Malas aku nak huraikan. Sebab watak penting tigaorang
mamat kat atas ni je. Nak tau gak ke? Ok lah ok fine. Umm pasti mee-yoi. Aku
dah kenal dia lama dah. Kitaorang ada something iaitu hubungan kitaorang
berlandaskan UNDECLARED RELATIONSHIP. Maksud nya kat sini, ya dia boleh anggap
aku gf dia. Same goes to me. Yang lebih seronoknya, kitaorang boleh blaa bebila
kitaorg nak. Nobody hurt. Then Nizam, dia banyak tolong aku. Dan aku takkan
lupakan jasa dia. Thanks awak. Maaf sebab saya memang bukan untuk awak. Jaga
diri dan saya doakan awak yang terbaik. Chaiyokkk ! lepastu Haziq. Emm ni pun
aku taktau nak kata apa, asal call aku je mesti nak ajak gaduh. Benci betul aku
dengan dia ni. Pastu membebel kuat sangat. Ingat aku suka aa tu nak dengar.
Menyampahhhh sangat tau. Eyhhhh.
Tu
jelah. Penat dah aku taip pepanjang cam karangan. Bukan ada yang baca pun. Lols.
Pokoknya aku cuma nak cakap yang aku belum bersedia nak bagi komitmen kat
sesapa pun. I miss being special and someone try to get my attention. Yang ada
dalam kepala otak aku cuma family, kerja dan masa depan aku. Kemon a aim still
young you know !!! hahahahaha daaa ~
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |