![]() Monday, 9 December 2013 • Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART THREE
5000 tahun dahulu, Ketot dari MAYAN. Seorang ahli
nujum purba Mayan telah terserempak dengan mahluk asing. Beliau mengambil
kesempatan itu untuk bertanya kepada mahluk asing tersebut tentang misteri
alam. Kemudian mahluk asing tersebut membawanya melihat ‘MASA DEPAN’. Beliau telah
dibawa menonton kisah “2012 END OF THE WORLD” terbitan Hollywood.
Kemudian tercatatlah ramalan beliau bahawa
dunia akan musnah pada 2012 seperti yang tercatat pada tinggalan sejarah Mayan
dari Arkib Teknologi. Hahaha, jangan percaya dengan cerita merepek gua. Tu semua
gimik untuk entri kalini. Ramai orang cakap tahun 2012 tahun dunia nak kiamat. Betul
ke? Aku pun dapat idea nak taip cite ni pasal tengok dokumentari dekat ‘Discovery
Channel’ tentang tahun 2012, ramalan dari tamadun silam pasal ramalan purba.
Lepastu seperti biasa jika ada isu-isu yang
memeningkan kepala hotak aku ni, aku akan bukak tenet, cari buku-buku. Baca dan
fahamkan dari segala sudut. Dizaman yang seba moden dan canggih macam sekarang
ni, kita tak boleh telan bulat-bulat aje apa yang disiarkan dalam cerita atau
apa yang ditayangkan dalam berita. Perlu ada analisa untuk memastikan bahawa
ilmu yang diterima itu sahih dan tidak terpesong.
Rasullullah S.A.W telah bersabda, akan
tanda-tanda kiamat bermula dengan tidak laris jualan di pasar. Ghibah (
umpat/fitnah ) terjadi di merata rata, rasuah dan riba jadi amalan. Maksiat dan
banyaknya anak anak zina. Orang kaya diagung agungkan. Orang-orang fasiq akan
lantang bersuara di masjid. Para ahli mungkar akan lebih banyak menonjol dari
ahli haq.
Berkata Ali bin Abi Talib, akan datang disuatu
masa yang mana Islam hanya tinggal nama, agama hanya bentuk, al-Quran hanya
bacaan, masjid akan sunyi dari zikrullah, orang yang paling buruk pada zaman
itu ialah ahli ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan
kembali pada mereka jua.
Dan kesemua itu adalah tanda-tanda hari kiamat.
Itulah antara info yang aku baca tentang hari kiamat. Kita wajib percaya kiamat
itu pasti (rukun iman). Sempatkah kita bertaubat? Bila ia akan tiba? Tiada siapa
yang pasti. Wallahualam. Harap-harap dapatlah kita kongsikan ilmu ya. Amin.
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |