LIFE JOURNEY
Monday 9 December 2013 • Monday, December 09, 2013 • 0 comments
Assalamualaikum.

Lama tak hapdet yew olss. I olss nak create something sikit untuk entri kalini dan seterusnya. Asyik cerita pasal gua je kan. Haa kalini gua nak cerita pasal kehidupan. Umumnya tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, sekeliling kita yang kita selalu terlepas pandang tu kan. Dan semuanya lah yang berkaitan dengan kehidupan. Jalan cerita dan semua watak tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah tiada. So harap dapat kongsikan dengan yew olss dan dapat manfaat nya sesame. Dengan lafaz bismillah. Kita start yaw ;)

PART ONE

Pada suatu hari, aku ternampak satu situasi yang membuatkan aku terfikir…aku berasa pelik..kenapa gajah belaan yang besar dan gagah tidak mampu melepaskan dirinya yang hanya diikat dengan seutas tali?
Kalau diikutkan..sekali rentap sahaja gajah itu dah boleh lepas..tubuhnya sangat besar dan kuat. Tapi gajah itu memilih untuk terus diikat dan tidak mahu bebaskan dirinya. Aku pun bertanya pada tuan gajah tersebut.

Aku: “abang ada pakai ilmu ke bang?camna gajah yang besar ni boleh takut dengan   abang?”

Tuan gajah: “hmm, sebenarnya teknik ni Cuma boleh diajar dan dipraktikkan pada gajah yang dibela dari kecik aje. Kalau gajah liar, memang tak boleh.”

Sewaktu gajah itu masih kecil, tali itu memang cukup kuat untuk menahan gajah dari terlepas. Gajah yang masih kecil itu meronta-ronta untuk lepaskan diri. Tapi malangnya tak berjaya kerana pada waktu itu dia belum cukup kuat. Oleh kerana selalu gagal dan tewas, gajah itu mula percaya beliau tidak mungkin dapat melepaskan diri. Kerana tali itu terlalu kuat baginya walaupun pada hakikatnya beliau menjadi semakin besar dan kuat. Gajah itu tetap percaya bahawa tali itu lebih kuat daripadanya..sampai bila-bila.
Akhirnya gajah itu hidup dengan kaki yang terikat pada tali yang semakin rapuh..sudah putus asa untuk mencuba lagi. Gajah itu hidup menjadi hamba kepada tuannya dengan penuh setia. Begitulah yang diceritakan oleh tuan gajah itu kepada aku. Hm, begitulah kisahnya.

Macamtu juga dengan kehidupan disekeliling kita, jika kita selalu gagal melakukan sesuatu perkara akhirnya kita terus berpendapat bahawa perkara itu mustahil bagi kita. Ada juga perkara yang kita percaya kita boleh lakukan tetapi digagalkan atau dileceh-lecehkan oleh orang yang tidak percaya kemampuan kita. Ada pula yang takut diketawakan sebab selalu gagal, lantas tidak mahu lagi mencuba.


Ada juga yang gagal kerana selalu digasakkan dengan kegagalan. Hidup ini memang sangat rumit. Tak ramai yang sedar kegagalan itu perlu untuk menguji akal dan kekuatan. Jika kita cekal, kegagalan akan buat kita bijak dan kuat. Jika kita putus asa, kita akan hidup untuk gagal selama lamanya.

OLDNEW
This is my online diary♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Credits ♥
Hug and Kisses

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Ain Farhana