![]() Monday, 9 December 2013 • Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART FOUR
Alangkah bestnya kalau aku ada kuasa superhero. Ada kuasa yang bukan
sahaja kuat, malah boleh mengawal minda dan menjadikan imaginasi aku kepada reality
dengan sekali petik jari sahaja. Pasti aku akan menjadi manusia paling hebat
diatas muka bumi ini.
Dengan power yang aku ada, mesti senang je aku settle masalah Palestin
dan Israel yang berpuluh puluh tahun tak settle tu. Dengan power yang aku ada,
senang je aku nak kawal presiden Amerika. Pastu aku nak pi nasihat dekat semua
pemimpin bangsa-bangsa bersatu, suh depa pi buat keja betui betui. Dengan power
yang aku ada, dengan mudah je aku selesaikan masalah alam sekitar. Dengan sekali
petik je, aku akan settlekan masalah politik-politik tanah air yang penuh
dengan benci membenci. Dengan sekali petik jari je, walau serumit manapun
masalah yang aku hadapi..pasti dengan mudah je aku settlekan.
Memang best kalau aku ada kuasa hero yang hebat. Kan?! Haha. Tapi malangnya
aku cuma manusia biasa yang comel. Power yang hebat itu hanyalah milikNya. Namun
begitu, kita masih mampu mengubah sesuatu jika kita berusaha dibawah kuasa
keredhaanNya.
Kita selalu mengharapkan agar akan turun kuasa ajaib dari langit
yang membawa kesejahteraan kepada kita dan menewaskan musuh-musuh. Terlalu berharap
dan berimaginasi sehingga kita terlupa kuasa ajaib itu takkan muncul tanpa kita
berusaha, berdoa dan bertawakal. Kerana Allah takkan mengubah nasib seseorang
sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |