![]() Monday, 9 December 2013 • Monday, December 09, 2013 • 0 comments
PART TWO
Di
suatu hari, di tepian pantai di sebuah perkampungan nelayan kelihatan seorang
nelayan sedang melayan ‘blues’ dengan tiupan seruling. Tiupan seruling itu
telah menarik perhatian seorang ahli perniagaan.
Businessman:
“assalamualaikum..boleh saya
bertanya?kenapa saudara duduk leka membuang masa tanpa membuat apa-apa?”
Nelayan:
“err, waalaikumsalam. Owh saya baru je
lepas tangkap ikan. Cukup lah untuk rezeki harini. Nak rehat lah kejap.”
Businessman:
“hmm,kenapa tak mahu berusaha untuk
tangkap lebih?
Nelayan:
“nak buat apa tangkap banyak-banyak?cukup
dah..untuk buat makan.”
Businessman:
“hmm, itulah mentality orang kita, cepat
berpuas hati. Kita kena lebih berusaha, jangan bazirkan masa. Awak tanya buat
apa tangkap banyak-banyak? Hm, tangkap lebih banyak ikan, lebih banyak hasil
jualan..lebih banyak duit.”
Nelayan:
“buat apa duit banyak?”
Businessman:
“dengan duit banyak, saudara akan mampu
beli bot..upah pekerja dan mendapatkan hasil kutipan yang banyak. Dengan hasil
yang banyak, saudara akan dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih besar. Membeli
lebih banyak bot untuk meneroka laut yang lebih dalam. Apabila hasil tangkapan
bertambah, saudara akan dapat meneroka pelbagai perniagaan berasaskan laut. Seperti
kilang ikan masin, sotong kering dan macam-macam lagi.”
Nelayan:
“ wahh, bestnya! Tapi untuk apa semua tu
ya?”
Businessman:
“hehe, untuk apa? Supaya saudara dapat
memiliki segala gala yang tuan inginkan. Hidup saudara akan lebih gembira.”
Nelayan:
“wah, susahnya nak gembira cara tuan! Kalau
saya senang je. Tak perlu semuatu. Dapat tiup seruling bawah pokok je dah mampu
buat hati saya ‘gembira’. Syukur Alhamdulillah.”
Setiap
manusia menikmati ‘gembira’ dengan cara yang berbeza, yang penting syukur walau
banyak/sedikit manapun rezeki yang kita ada.
|
This is my online diary♥
Thank for coming
![]() WelcomeChating here ♥
Leave your footprint here
![]() Credits ♥
Hug and Kisses
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Ain Farhana |